Plants vs. Zombies (permainan video)

Plants vs. Zombies merupakan permainan video pertahanan menara yang dicipta dan diterbitkan oleh PopCap Games pada tahun 2009. Pada awalnya dikeluarkan untuk Windows dan Mac OS X, permainan tersebut telah dialihkan ke konsol dan peranti mudah alih. Pemain memainkan peranan sebagai seorang pemilik rumah semasa berlakunya sebuah kiamat zombi. Sementara segerombolan zombi melalui beberapa lorong selari, pemain mesti mempertahankan rumah tersebut dengan menggunakan dan menanam tumbuhan, yang menembakkan peluru ke arah zombi atau sebaliknya menjejaskan mereka. Pemain mengumpul mata wang yang dipanggil "matahari" untuk membeli tumbuhan. Jika terdpat zombi yang berjaya sampai ke rumah melalui mana-mana lorong, pemain telah kalah dan mesti mengulangi pusingan tersebut.Plants vs. Zombies telah direka oleh George Fan, yang mengkonseptualisasikan permainan video tersebut sebagai sekuel kepada permainan videonya Insaniquarium (2001) yang lebih berorientasikan pertahanan, kemudian mengembangkannya menjadi permainan pertahanan menara yang menampilkan tumbuhan melawan zombi. Permainan ini mendapat ilham daripada permainan Magic: The Gathering dan Warcraft III; juga mengoleh ilham dari filem Swiss Family Robinson. Plants vs. Zombies mengambil masa tiga setengah tahun untuk dicipta. Rich Werner merupakan artis utama, Tod Semple mengaturcara permainan itu, dan Laura Shigihara mengarang muzik untuk permainan itu. Untuk menarik minat kedua-dua pemain kasual dan pemain tegar, Plants vs. Zombies mengajar tatacara permainan dengan ringkas dan secara tersebar pada seluruh permainan.Pengkritik telah menilai Plants vs. Zombies dengan positif dan permainan tersebut telah dicalonkan untuk pelbagai anugerah, termasuk "Download Game of the Year" dan "Strategy Game of the Year" sebagai sebahagian daripada Golden Joystick Awards 2010. Pengulas telah memuji memuji gaya seni permainan itu yang seiras kartun, tatacara permainan yang ringkas tetapi menarik dan runut bunyi permainan tersebut. Setelah dikeluarkan pada Mei 2009, Plants vs. Zombies cepat dijual dan lantas menjadi permainan terlaris yang dibangunkan oleh PopCap Games, mengatasi Bejeweled dan Peggle. Menjelang 2010, lebih daripada sejuta salinan telah terjual di seluruh dunia dan semenjak itu, permainan tersebut telah dianggap sebagai salah satu permainan video terhebat sepanjang zaman. Pada tahun 2011, PopCap telah dibeli oleh Electronic Arts (EA). Syarikat itu memberhentikan George Fan dan 49 pekerja lain, menandakan perubahan fokus kepada permainan mudah alih dan sosial . Selepas pembelian tersebut, Plants vs. Zombies dijadikan satu siri permainan, menghasilkan dua sekuel langsung, tiga permainan penembak diri-ketiga dan dua permainan jenis lain. Kebanyakan permainan dalam siri tersebut telah menerima ulasan positif.

Plants vs. Zombies (permainan video)

Mod Pemain tunggal, multipemain
Platform
Artis Rich Werner
Siri Plants vs. ZombiesĀ 
Penulis Stephen Notley
Penerbit PopCap Games[lower-alpha 1]
Pelepasan 5 Mei 2009
Pengatur cara Tod Semple
Pembangun PopCap Games
Komposer Laura Shigihara
Pereka George Fan
Enjin PopCap Framework
Genre Pertahanan menara, strategi

Rujukan

WikiPedia: Plants vs. Zombies (permainan video) http://www.next-gen.biz/features/flower-defence http://www.next-gen.biz/features/flower-defence?pa... http://www.1up.com/do/newsStory?cId=3177955 http://www.1up.com/reviews/plants-vs-zombies http://appworld.blackberry.com/webstore/content/70... http://www.computerandvideogames.com/272672/golden... http://www.edge-online.com/reviews/review-plants-v... http://www.escapistmagazine.com/news/view/103702-P... http://www.gamasutra.com/php-bin/news_index.php?st... http://www.gamasutra.com/view/news/342128/Take_a_l...